Selasa, 6 Disember 2011

Tempayan Air Yang Retak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Petang tadi, sedang checking2 emel, ternampak satu emel dari ayah. Ringkas tajuknya, "Tempayan Air Yang Retak"
Silalah selami kisah ini, dan jadikan lah teladan. 

******************************

TEMPAYAN AIR YANG RETAK
Seorang tukang air di India memiliki dua tempayan besar; masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawanya menyilang pada bahunya. Salah satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.


Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari paras yang seharusnya dapat diberikannya.



Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."



"Kenapa?" tanya si tukang air.



"Kenapa kamu merasa malu?"



"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah paras air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi," kata tempayan itu.



Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."



Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.



Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu? Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya.



Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."



Pengajaran:



Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Tuhan maha bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu dan Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita.


  

Jumaat, 18 November 2011

Amanah Ilmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Bila amanah ilmu makin dekat dan dekat, makin rapat dan semakin banyak bilangannya, kita dapat rasa ianya makin berat dan makin bertanggungjawab untuk meyebarkan serta mempergunakan ilmu itu ke atas jalan yang terbaik.

Amanah ilmu yang dipegang bukan lah amanah yang ringan, boleh di ambil mudah, tetapi amanah ilmu inilah yang mungkin dapat membantu kita di akhirat nanti. Amanah yang perlu disebarkan, amanah yang perlu dipegang kuat talinya, amanah yang dimanipulasi ke dalam adunan yang terhebat bagi menjadikan satu medium hebat yang boleh diguna di jalan Allah s.w.t. 

"Ya Allah, moga aku tidak terlalu leka dengan nikmat yang kau beri untuk aku menggunakan amanah ilmu yang kau beri. Moga amanah ilmu yang ku pegang dapat membantu aku terus menerus berada di jalan-Mu. Redhailah perbuatan aku sepanjang aku memegang serta menggunakan amanah ilmu-Mu Ya Allah. Aminnn."

Khamis, 29 September 2011

ABAH, kamu tiada tandingnya~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

Abah,
Biarpun berjuta manusia mengata tentang dirimu,
Namun, engkau yang terbaik untuk ku,

Abah,
Biarpun seluruh manusia tidak nampak kepentinganmu,
Namun, ku tahu, kalau tiada diri mu, 
Aku tidak akan dapat menulis di sini...

Abah,
Aku cintakan mu,

Abah,
Engkau istimewa,
Biarpun manusia lain hanya tahu melihat luaran,
Namun ku tahu, Allah melihat dalaman mu,

Abah,
Kadang engkau terlalu berlebihan,
Tapi berlebihan mu itu menjadikan aku manusia..

Terima kasih ABAH atas segalanya,
Segalanya tidak dapat aku balas sekarang,
Aku hanya boleh berdoa,
Abah, semoga Allah sentiasa meredhaimu,
Kerana yang masih mencintaiku hanyalah TUHANku, ABAHku, IBUku serta keluargaku...


Ahad, 18 September 2011

Mencari Yang 'HALAL' adalah fardhu bagi umat Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

HALAL, satu subjek sensitif untuk umat Islam khususnya. Setiap hari, ada saja berita di mana-mana medium yang menyiarkan soal halal. 

Baru-baru ini ada seorang sahabat yang bercerita soal halal ini dengan lantangnya. Dalam hati sememangnya benar apa yang diluahkan sahabat ini. Tidak ada salahnya. 

TAPI

Rasanya, ada hal lain yang halal juga patut dicari. Halal dari segi perhubungan. Halal sememangnya perlu dititik beratkan, tetapi masyarakat kita hari ini, halal makanan sememangnya ditekankan tetapi halal perhubungan tidak pula diambil berat. Rasa tidak puas hati pula dengan hal ini. 

Jom, kita 'HALAL'kanlah  semua yang kita hadapi. Sekian. 

Jumaat, 16 September 2011

Bila Terjadi Pada Diri Baru FAHAM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah yang menanti. Segala apa yang kita rasa susah dan payah, InsyaAllah jika kita menjadi yang lebih baik, Allah S.W.T akan limpahkan kita dengan ganjaran yang cukup hebat.

Setiap perkara yang buruk tejadi pada kita kadang kala memerlukan kita untuk muhasabah diri, bukan menyalahkan diri. Allah S.W.T tidak suka andai kita menyalahkan diri dengan apa yang berlaku. Semua yang terjadi pada kita adalah satu anugerah Allah S.W.T serta peringatan Allah terhadap kita. Secara mudahnya, Allah S.W.T yang mengkehendakkan hal itu berlaku, maka berlaku lah ia tanpa salah siapa. 

Andai satu masalah itu di teliti dan diprbaiki, InsyaAllah Allah S.W.T telah menyediakan yang lebih baik untuk kamu.

Apa yang tajuk diatas tu adalah, kadang kala, kita tidak faham dan seperti tertanya tanya mengapa jika sesuatu masalah itu melibatkan orang lain, dan orang lain itu mengambil keputusan yang meremukkan hati kita, kita sangat tertanya tanya mengapa dia pilih jalan yang menyakitkan kita bukan? Cubalah berada di tempat beliau, mungkin kamu akan faham. Jika tidak faham sekarang, insyaAllah, Allah S.W.T akan cuba memahamkan kita dengan pengalaman seterusnya, yang mungkin juga, kita berada di situasi yang sama. 

Ada pepatah berbunyi, "Diluah Mati Mak, Ditelan Mati Bapa"

 Jadi, Kembali Mengadu dan Bermohon Pada Yang Esa 

Wallahualam

Rabu, 14 September 2011

Akulah RACUN, Akulah PENAWAR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Baru sebentar tadi, sedang ber'sosial' network dengan sahabat lama. Sudah lama berbalas-balas komen. Satu yang ini aku tertarik.

'Kita ni satu-satunya bunga dalam keluarga, kita lah racun, kita lah penawar '

Ada benar kata-kata sahabat lama aku ni. Dalam kala aku menjadi racun pada ibu bapa aku, parents aku, aku jugalah penawar segala kedukaan mereka. InsyaAllah. Bukan senang nak menjaga seorang anak perempuan. Ada pepatah juga kan, menjaga sekandang lembu lebih senang dari nak menjaga seorang anak dara. Walaupun agak kasar perumpamaan itu, tapi ada benarnya.

Namun, wahai wanita, andai engkau sebelum ini adalah racun pada keluargamu, bangkitlah semula percayalah, yang sebenarnya, kamu jugalah penawar bagi kesakitan itu.

Wallahualam.

Selasa, 6 September 2011

Hadapi dan Beralih lah kepada yang lebih baik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ada beberapa hal dalam dunia ini yang perlu kita hadapi. Biarpun tiada jawapan, teruskan hadapi sehinggalah akhirnya ketemu jawapan. Hadapi hal yang kita sendiri tidak faham mengapa ianya hadir, tapi hadapi lah. Hadapi, bila dirasakan hal itu tidak baik, jauhkan lah diri, kerana ianya sememangnya sia-sia. Marah, kecewa, hancur luluh hati biar kan terjadi bila menghadap tuhanmu.

Ya Allah, kini ku tahu jawapan nya.