Khamis, 29 September 2011

ABAH, kamu tiada tandingnya~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

Abah,
Biarpun berjuta manusia mengata tentang dirimu,
Namun, engkau yang terbaik untuk ku,

Abah,
Biarpun seluruh manusia tidak nampak kepentinganmu,
Namun, ku tahu, kalau tiada diri mu, 
Aku tidak akan dapat menulis di sini...

Abah,
Aku cintakan mu,

Abah,
Engkau istimewa,
Biarpun manusia lain hanya tahu melihat luaran,
Namun ku tahu, Allah melihat dalaman mu,

Abah,
Kadang engkau terlalu berlebihan,
Tapi berlebihan mu itu menjadikan aku manusia..

Terima kasih ABAH atas segalanya,
Segalanya tidak dapat aku balas sekarang,
Aku hanya boleh berdoa,
Abah, semoga Allah sentiasa meredhaimu,
Kerana yang masih mencintaiku hanyalah TUHANku, ABAHku, IBUku serta keluargaku...


Ahad, 18 September 2011

Mencari Yang 'HALAL' adalah fardhu bagi umat Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

HALAL, satu subjek sensitif untuk umat Islam khususnya. Setiap hari, ada saja berita di mana-mana medium yang menyiarkan soal halal. 

Baru-baru ini ada seorang sahabat yang bercerita soal halal ini dengan lantangnya. Dalam hati sememangnya benar apa yang diluahkan sahabat ini. Tidak ada salahnya. 

TAPI

Rasanya, ada hal lain yang halal juga patut dicari. Halal dari segi perhubungan. Halal sememangnya perlu dititik beratkan, tetapi masyarakat kita hari ini, halal makanan sememangnya ditekankan tetapi halal perhubungan tidak pula diambil berat. Rasa tidak puas hati pula dengan hal ini. 

Jom, kita 'HALAL'kanlah  semua yang kita hadapi. Sekian. 

Jumaat, 16 September 2011

Bila Terjadi Pada Diri Baru FAHAM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah yang menanti. Segala apa yang kita rasa susah dan payah, InsyaAllah jika kita menjadi yang lebih baik, Allah S.W.T akan limpahkan kita dengan ganjaran yang cukup hebat.

Setiap perkara yang buruk tejadi pada kita kadang kala memerlukan kita untuk muhasabah diri, bukan menyalahkan diri. Allah S.W.T tidak suka andai kita menyalahkan diri dengan apa yang berlaku. Semua yang terjadi pada kita adalah satu anugerah Allah S.W.T serta peringatan Allah terhadap kita. Secara mudahnya, Allah S.W.T yang mengkehendakkan hal itu berlaku, maka berlaku lah ia tanpa salah siapa. 

Andai satu masalah itu di teliti dan diprbaiki, InsyaAllah Allah S.W.T telah menyediakan yang lebih baik untuk kamu.

Apa yang tajuk diatas tu adalah, kadang kala, kita tidak faham dan seperti tertanya tanya mengapa jika sesuatu masalah itu melibatkan orang lain, dan orang lain itu mengambil keputusan yang meremukkan hati kita, kita sangat tertanya tanya mengapa dia pilih jalan yang menyakitkan kita bukan? Cubalah berada di tempat beliau, mungkin kamu akan faham. Jika tidak faham sekarang, insyaAllah, Allah S.W.T akan cuba memahamkan kita dengan pengalaman seterusnya, yang mungkin juga, kita berada di situasi yang sama. 

Ada pepatah berbunyi, "Diluah Mati Mak, Ditelan Mati Bapa"

 Jadi, Kembali Mengadu dan Bermohon Pada Yang Esa 

Wallahualam

Rabu, 14 September 2011

Akulah RACUN, Akulah PENAWAR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Baru sebentar tadi, sedang ber'sosial' network dengan sahabat lama. Sudah lama berbalas-balas komen. Satu yang ini aku tertarik.

'Kita ni satu-satunya bunga dalam keluarga, kita lah racun, kita lah penawar '

Ada benar kata-kata sahabat lama aku ni. Dalam kala aku menjadi racun pada ibu bapa aku, parents aku, aku jugalah penawar segala kedukaan mereka. InsyaAllah. Bukan senang nak menjaga seorang anak perempuan. Ada pepatah juga kan, menjaga sekandang lembu lebih senang dari nak menjaga seorang anak dara. Walaupun agak kasar perumpamaan itu, tapi ada benarnya.

Namun, wahai wanita, andai engkau sebelum ini adalah racun pada keluargamu, bangkitlah semula percayalah, yang sebenarnya, kamu jugalah penawar bagi kesakitan itu.

Wallahualam.

Selasa, 6 September 2011

Hadapi dan Beralih lah kepada yang lebih baik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ada beberapa hal dalam dunia ini yang perlu kita hadapi. Biarpun tiada jawapan, teruskan hadapi sehinggalah akhirnya ketemu jawapan. Hadapi hal yang kita sendiri tidak faham mengapa ianya hadir, tapi hadapi lah. Hadapi, bila dirasakan hal itu tidak baik, jauhkan lah diri, kerana ianya sememangnya sia-sia. Marah, kecewa, hancur luluh hati biar kan terjadi bila menghadap tuhanmu.

Ya Allah, kini ku tahu jawapan nya.