Jumaat, 26 Ogos 2011

Bila Jiwa Bercelaru~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Bila Jiwa Bercelaru, Hati Jadi Membeku, Fikiran Jadi Tak Menentu
Begitu dasyat penangan perasaan, segumpal hati yang Allah bagi pada manusia ini, terkandung berjuta jenis perasaan. Pilu, gembira,kecewa, sayang, kasih, benci, meluat, tersuka, terguris, sakit hati, cemburu, iri hati, busuk hati, memualkan serta sebagainya. Tapi, terkadang perasaan itu tidak terungkap dengan kata-kata. 
Ada jugak istilah yang kata, cinta itu tak dapat terungkap dengan kata-kata tapi sebenarnya, benci dan meluat pun macam tu juga. Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata betapa tak suka nya kita pada sesuatu. Sama la bila kita menyayangi sesuatu.Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. 

Sesungguhnya, bila berdepan dengan masalah semacam ini. Jalan yang satu-satunya boleh diambil adalah dengan tenangkan diri dengan zikrullah. Mohon pengampunan, jauhkan dari melakukan dosa yang sama, berulang-ulang. InsyaAllah. Jiwamu kembali tenang. Wallahualam.

Selasa, 23 Ogos 2011

Bila Sedih, Layan Lagu Sedih Memang Best Tapi.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Bila Sedih, Layan Lagu Sedih Memang Best Tapi Menghancurkan.
Sebab, perasaan yang sedih itu terlampau dilayan, bila dilayan, meracuni diri sendiri. Semacam meletak tengkuk di hujung pedang. Bukan menghunus pedang ke tengkuk, tapi kita yang meletakkan tengkuk ke pedang yang terhunus. 

Memang, bila tensen, terutama bila sedih. Dah tak tahu nak ke mana. Diri tak tahu menilai masa tu kalau tak dibawa ke jalan yang benar. Dari mendengar lagu sedih dan melayan perasaan, baiklah beristigfar, bawa bertenang, ambil wudhuk, solat atau baca Al-Quran. Solat sunat yang boleh dibuat, adalah sunat taubat. Bila-bila boleh buat, 2 rakaat. Pohon keampunan Allah s.w.t sebab kita menangis, kita terleka, kita melayan perasaan ke atas apa yang terjadi, padahal hendaklah kita tahu, apa yang terjadi kerana Allah s.w.t mengkehendakannya. Kunfayakun. Jadi, Maka, Jadilah ia!

Ingat, sesuatu yang berlaku adalah atas kehendak Allah s.w.t. Seandainya kita terus menerus meraung, meratapi, itu sudah seperti tidak redha dengan kehendak Allah s.w.t. Allah yang mencipta kita, maka Allah s.w.t tahu apa yang terbaik. 

Ingat juga yang sebenarnya Allah s.w.t sayang pada hambaNya, sebab tu diberi ujian. Logiknya. Apabila kita diberi ujian. Kita akan sentiasa pergi kepadaNya. Allah rindukan hambaNya, sebab tu diturunkan ujian. Kita manusia yang leka ini, kalau tak diberi ujian,kita tetap alpa, kita tetap leka. Maka diberi ujian, untuk kita sentiasa dekat dengan Maha Pencipta.Subhanallah.Astagfirullah.

Sedar-sedarlah. Sudah-sudahlah bersedih. La Tahzan(Jangan Bersedih). Allah s.w.t sayang kita. Dalam sebuah hadith ada menyebut :

"Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka ditimpakan ujian padanya"
 (HR Bukhari)

Wallahualam.

Bukan Hilang Cuma Belum Jumpa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Peluh menderu-deru keluar bila mencari barang yang hilang. Kalut bukan main. Ataupun apabila kita hilang seseorang pun, kita tetap akan menghadapi hal yang sama. Kehilangan harta benda kadang boleh mengundang derita. Kehilangan insan tersayang boleh membawa sengsara. 

Kehilangan orang yang kita sayang secara 'permanent' atau kekal kerana 'mereka' menghadap ilahi. Jadi, sebagai muslim, kita tak perlu menangis berterusan, kerana kita tahu, 'mereka' telah berjumpa dengan penciptanya. 

Dari-Nya kita datang, dan kepada-Nya kita pergi 

Maka ucaplah doa-doa sebagai membantu serta mengiringi 'mereka' semasa jalan menuju Tuhannya. Moga doa kita dapat membantu 'mereka' di sana. Doa kita sangat beharga buat 'mereka'.

Bagaimana pula kalau ia merupakan satu kehilangan yang tak pasti. Maaf. Topik ni mungkin hanya untuk mereka-mereka yang pernah 'couple'. Dalam Islam, istilah 'couple' memang tidak ada. Tapi fitrah manusia, yang dilarang tu la yang dibuat. Tidak mengapa, selagi kita masih bernafas di bumi Allah s.w.t ini, kita masih lagi berpeluang untuk bertaubat. Dan percaya la, walau sebesar manapun dosa kita, jika kita ikhlas memohon kemaafan dari Ilahi, maka InsyaAllah, moga diampunkan. Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Allah s.w.t Maha Mengampun segala dosa hamba-hamba-Nya. Subhanallah. Astagfirullah.

Berbalik pada kehilangan yang tak pasti ni. Sebenarnya, seseorang yang 'clash' dengan kekasih manusia nya ini, tak perlu berasa kehilangan, tapi sebenarnya, belum berjumpa dengan orang yang terbaik dalam hidupnya. Allah s.w.t menciptakan manusia lelaki dan perempuan untuk melengkapi antara satu sama lain, jadi, wujudkan kasih sayang itu bukan hanya dengan seorang, tapi jalinkanlah jalinan itu dengan semua orang supaya kehilangan yang kita sangka hilang itu tidak akan terlampau terasa. 

Allah tidak akan membebankan seseorang insan itu dengan beban yang tidak tertanggung oleh dirinya. Maka, mohonlah pada Allah s.w.t agar dipermudahkan jalan, dikuatkan iman, ditemukan dengan pengganti yang lebih baik. InsyaAllah. Tidak perlu terlampau kecewa, kerana kecewa itu racun kepada hati. Bila racun menyelinap di segenap ruang hati, maka timbul perlbagai penyakit termasuklah mental dan fizikal, secara lahiriah dan batiniah. 

Ayuh! Bangunlah kepada insan-insan yang terasa kehilangan. Tak kiralah kehilangan yang tak pasti atau pun kehilangan yang kekal, sama ada manusia atau harta benda. Ayuh, bangun! Anda tidak berseorangan hidup di dunia ini, ada insan yang menyayangi anda. Lihat sekeliling, carilah yang halal bagimu, carilah mahram mu, nescaya sinar harapan akan terbit semula. 

Hilang kadang akan berjumpa kembali. Alhamdulillah. Jika ia terus hilang, jangan putus asa, dunia Allah s.w.t sangat luas untuk anda mencari pengganti. Anda bukan kehilangan tapi anggaplah tidak berjumpa. Andai hilang itu kerana Ilahi, bersyukurlah kerana ianya berada di tempat yang benar.

Al-Fatihah pada yang telah tiada, Moga Roh mereka ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
Aminn.

p/s : Doa adalah senjata umat manusia. Maka doalah tanpa jemu. 

You are not lost it. But you just not found it yet. 

Isnin, 22 Ogos 2011

Kisah 1

"Percayalah pada janji Allah, dik"....
Ucapan ikhlas dari seorang sahabat. Tulus dari hati nya.

Terus menerus aku mengelamun, mengingat kembali peristiwa lama. Ada manis. Ada pahit. Perit tapi ada manisnya.

"Kakak!!!" sergah Aiman.

"Hah! Terkejut la dik!" aku memang sangat terkejut. Mengelamun layan perasaan, tiba-tiba ada yang memanggil dengan suara yang kuat macam pakai mikrofon.

Adik aku, Aiman. Seorang yang penyayang, tapi cepat naik darah. Orang Kedah panggil 'perongoih'. Umur baru 12 tahun, tapi petah bercakap semacam dah seabad hidup dimuka bumi.

"Haa... nak apa?" letih kalau nak melayan tapi sebagai seorang kakak yang tak mahu adik dia merajuk, dilayan la jugak 'peel' 'mamat' ni.

"Saja! " Aiman tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Lah, panggil kakak sebab suka-suka? Hmm.. Suka hati la dik oi.. Tak larat nak layan dah" aku membalas kasar sebab nak tengok reaksi dia.

Aiman terus berlalu. Merajuk la kot. Alahai. Tengah syok dok layan perasaan. Adik pulak datang sergah. Tapi bagus jugak. Layan sangat pun nanti merana jiwa.

Aku terus melipat satu persatu pakaian yang aku nak bawa ke tempat memerah otak aku. Esok aku dah nak bertolak. Jam 11 malam. Pagi jam 5 mungkin sudah sampai. Mudah-mudahan selamat hendaknya. Malam itu berlalu terus sambil aku mengemas beg pakaian. Esok, aku akan mula hidup dengan azam baru.

InsyaAllah.

bersambung......


Bismillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ya Allah, ku mohon keberkatan dari Mu dari bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, untuk memulakan blog ini.