Selasa, 23 Ogos 2011

Bukan Hilang Cuma Belum Jumpa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Peluh menderu-deru keluar bila mencari barang yang hilang. Kalut bukan main. Ataupun apabila kita hilang seseorang pun, kita tetap akan menghadapi hal yang sama. Kehilangan harta benda kadang boleh mengundang derita. Kehilangan insan tersayang boleh membawa sengsara. 

Kehilangan orang yang kita sayang secara 'permanent' atau kekal kerana 'mereka' menghadap ilahi. Jadi, sebagai muslim, kita tak perlu menangis berterusan, kerana kita tahu, 'mereka' telah berjumpa dengan penciptanya. 

Dari-Nya kita datang, dan kepada-Nya kita pergi 

Maka ucaplah doa-doa sebagai membantu serta mengiringi 'mereka' semasa jalan menuju Tuhannya. Moga doa kita dapat membantu 'mereka' di sana. Doa kita sangat beharga buat 'mereka'.

Bagaimana pula kalau ia merupakan satu kehilangan yang tak pasti. Maaf. Topik ni mungkin hanya untuk mereka-mereka yang pernah 'couple'. Dalam Islam, istilah 'couple' memang tidak ada. Tapi fitrah manusia, yang dilarang tu la yang dibuat. Tidak mengapa, selagi kita masih bernafas di bumi Allah s.w.t ini, kita masih lagi berpeluang untuk bertaubat. Dan percaya la, walau sebesar manapun dosa kita, jika kita ikhlas memohon kemaafan dari Ilahi, maka InsyaAllah, moga diampunkan. Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Allah s.w.t Maha Mengampun segala dosa hamba-hamba-Nya. Subhanallah. Astagfirullah.

Berbalik pada kehilangan yang tak pasti ni. Sebenarnya, seseorang yang 'clash' dengan kekasih manusia nya ini, tak perlu berasa kehilangan, tapi sebenarnya, belum berjumpa dengan orang yang terbaik dalam hidupnya. Allah s.w.t menciptakan manusia lelaki dan perempuan untuk melengkapi antara satu sama lain, jadi, wujudkan kasih sayang itu bukan hanya dengan seorang, tapi jalinkanlah jalinan itu dengan semua orang supaya kehilangan yang kita sangka hilang itu tidak akan terlampau terasa. 

Allah tidak akan membebankan seseorang insan itu dengan beban yang tidak tertanggung oleh dirinya. Maka, mohonlah pada Allah s.w.t agar dipermudahkan jalan, dikuatkan iman, ditemukan dengan pengganti yang lebih baik. InsyaAllah. Tidak perlu terlampau kecewa, kerana kecewa itu racun kepada hati. Bila racun menyelinap di segenap ruang hati, maka timbul perlbagai penyakit termasuklah mental dan fizikal, secara lahiriah dan batiniah. 

Ayuh! Bangunlah kepada insan-insan yang terasa kehilangan. Tak kiralah kehilangan yang tak pasti atau pun kehilangan yang kekal, sama ada manusia atau harta benda. Ayuh, bangun! Anda tidak berseorangan hidup di dunia ini, ada insan yang menyayangi anda. Lihat sekeliling, carilah yang halal bagimu, carilah mahram mu, nescaya sinar harapan akan terbit semula. 

Hilang kadang akan berjumpa kembali. Alhamdulillah. Jika ia terus hilang, jangan putus asa, dunia Allah s.w.t sangat luas untuk anda mencari pengganti. Anda bukan kehilangan tapi anggaplah tidak berjumpa. Andai hilang itu kerana Ilahi, bersyukurlah kerana ianya berada di tempat yang benar.

Al-Fatihah pada yang telah tiada, Moga Roh mereka ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
Aminn.

p/s : Doa adalah senjata umat manusia. Maka doalah tanpa jemu. 

You are not lost it. But you just not found it yet. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan