Isnin, 22 Ogos 2011

Kisah 1

"Percayalah pada janji Allah, dik"....
Ucapan ikhlas dari seorang sahabat. Tulus dari hati nya.

Terus menerus aku mengelamun, mengingat kembali peristiwa lama. Ada manis. Ada pahit. Perit tapi ada manisnya.

"Kakak!!!" sergah Aiman.

"Hah! Terkejut la dik!" aku memang sangat terkejut. Mengelamun layan perasaan, tiba-tiba ada yang memanggil dengan suara yang kuat macam pakai mikrofon.

Adik aku, Aiman. Seorang yang penyayang, tapi cepat naik darah. Orang Kedah panggil 'perongoih'. Umur baru 12 tahun, tapi petah bercakap semacam dah seabad hidup dimuka bumi.

"Haa... nak apa?" letih kalau nak melayan tapi sebagai seorang kakak yang tak mahu adik dia merajuk, dilayan la jugak 'peel' 'mamat' ni.

"Saja! " Aiman tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Lah, panggil kakak sebab suka-suka? Hmm.. Suka hati la dik oi.. Tak larat nak layan dah" aku membalas kasar sebab nak tengok reaksi dia.

Aiman terus berlalu. Merajuk la kot. Alahai. Tengah syok dok layan perasaan. Adik pulak datang sergah. Tapi bagus jugak. Layan sangat pun nanti merana jiwa.

Aku terus melipat satu persatu pakaian yang aku nak bawa ke tempat memerah otak aku. Esok aku dah nak bertolak. Jam 11 malam. Pagi jam 5 mungkin sudah sampai. Mudah-mudahan selamat hendaknya. Malam itu berlalu terus sambil aku mengemas beg pakaian. Esok, aku akan mula hidup dengan azam baru.

InsyaAllah.

bersambung......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan