Selasa, 23 Ogos 2011

Bila Sedih, Layan Lagu Sedih Memang Best Tapi.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Bila Sedih, Layan Lagu Sedih Memang Best Tapi Menghancurkan.
Sebab, perasaan yang sedih itu terlampau dilayan, bila dilayan, meracuni diri sendiri. Semacam meletak tengkuk di hujung pedang. Bukan menghunus pedang ke tengkuk, tapi kita yang meletakkan tengkuk ke pedang yang terhunus. 

Memang, bila tensen, terutama bila sedih. Dah tak tahu nak ke mana. Diri tak tahu menilai masa tu kalau tak dibawa ke jalan yang benar. Dari mendengar lagu sedih dan melayan perasaan, baiklah beristigfar, bawa bertenang, ambil wudhuk, solat atau baca Al-Quran. Solat sunat yang boleh dibuat, adalah sunat taubat. Bila-bila boleh buat, 2 rakaat. Pohon keampunan Allah s.w.t sebab kita menangis, kita terleka, kita melayan perasaan ke atas apa yang terjadi, padahal hendaklah kita tahu, apa yang terjadi kerana Allah s.w.t mengkehendakannya. Kunfayakun. Jadi, Maka, Jadilah ia!

Ingat, sesuatu yang berlaku adalah atas kehendak Allah s.w.t. Seandainya kita terus menerus meraung, meratapi, itu sudah seperti tidak redha dengan kehendak Allah s.w.t. Allah yang mencipta kita, maka Allah s.w.t tahu apa yang terbaik. 

Ingat juga yang sebenarnya Allah s.w.t sayang pada hambaNya, sebab tu diberi ujian. Logiknya. Apabila kita diberi ujian. Kita akan sentiasa pergi kepadaNya. Allah rindukan hambaNya, sebab tu diturunkan ujian. Kita manusia yang leka ini, kalau tak diberi ujian,kita tetap alpa, kita tetap leka. Maka diberi ujian, untuk kita sentiasa dekat dengan Maha Pencipta.Subhanallah.Astagfirullah.

Sedar-sedarlah. Sudah-sudahlah bersedih. La Tahzan(Jangan Bersedih). Allah s.w.t sayang kita. Dalam sebuah hadith ada menyebut :

"Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka ditimpakan ujian padanya"
 (HR Bukhari)

Wallahualam.

1 ulasan:

  1. Btul tu. Abg pun kalau bersedih, dgr je lagu nasyid. Xkshla lagu apa2 pun. Jarang dgr lagu2 sedih, kecuali lagu irama tradisional nyanyian erra, siti diana, siti nrhliza, elly mzln. Xdenya nak layan lagu2, dgr je apa yang ada kat radio, trutma ikim, xpun best 104 n rmjohor.

    BalasPadam